Gambar Wang Kertas Malaysia Terbaru

Wang Kertas Baru Digunakan Isnin Ini  Berita baik bagi korang yang suka pegang duit kertas. Terutama bagi yang berduit, simpan duit berkepok-kepok dalam bank, Hahaha, jadi korang yang berduit ni pasti tak sabar nak pegang duit baru kan? Apa yang Budiey dengar, wang kertas terbaru akan mula digunakan pada hari Isnin Ini. Budiey difahamkan, wang kertas kali bukan sembarangan ya. Wang kertas baru itu dilengkapi dengan teknologi wang kertas terkini untuk meningkatkan ciri-ciri keselamatan. Cuma bila lihat pada warna wang kertas terbaru ni, mengingatkan Budiey pada wang kertas permainan pun ada.

wang kertas baru malaysia 2012

Yang paling menarik da ada wang kertas RM20 setelah pengeluarannya dihentikan beberapa tahun lepas.

Jadinya, raya pada tahun ini lebih meriahla kan sebab adanya duit baru yang keluar ni.Bestnya jadi kanak-kanak dapat kumpul duit raya.

Teknologi baru ini termasuk imej tanda bayang, tingkap pandang telus, potret tera air dengan piksel dan angka, benang keselamatan dengan warna berubah-ubah, benang kanta mikro, tanda pandang telus dan petak kilat berwarna, kata bank pusat itu dalam satu kenyataan, Khamis.

Bertema “Keunikan Malaysia”, wang kertas terbaharu itu diinspirasikan daripada kepelbagaian budaya, warisan dan alam semulajadi negara. Bank Negara berkata mereka yang cacat penglihatan juga boleh menggunakan ciri-ciri spesifik seperti pengenalan sentuhan untuk mengenalpasti dan membezakan not berlainan.

pix_gal0 (2)

Siri wang kertas baharu itu adalah dalam not RM1, RM5, RM10, RM20 dan RM100.Wang kertas RM20 diperkenalkan semula dalam siri baharu ini dan substrat polimer digunakan untuk wang kertas RM1 dan RM5.

Bank Negara menggalakkan semua syarikat berkaitan untuk mempercepatkan adaptasi mesin mereka untuk menerima wang kertas siri baharu ini untuk kemudahan orang ramai. Wang kertas siri baharu ini akan berada dalam edaran bersama-sama wang kertas sedia ada yang kekal sah.

6549439413_8046b0fcf1

Pada bahagian hadapan semua denominasi wang kertas, telah dikekalkan potret Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang pertama, Tuanku Abdul Rahman ibni Tuanku Muhammad, bunga kebangsaan iaitu bunga raya Rosa-sinensis (dikenali sebagai Bunga Raya dalam kalangan penduduk tempatan) dan corak songket kain tenunan tradisional. Bahagian belakang setiap denominasi wang kertas memaparkan ciri-ciri alam semula jadi, tradisi, budaya, flora, fauna dan ekonomi yang khusus bagi Malaysia”.

RM100

Malaysia2012RM100

Dua keajaiban alam semula jadi terkemuka negara yang diisytiharkan sebagai ‘Tapak Warisan Dunia’ oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) dipaparkan pada wang kertas RM100. Keajaiban alam semula jadi yang dipaparkan pada duit kertas RM100 ini ialah Taman Kinabalu di Sabah, dengan Gunung Kinabalu yang hebat dan agung (iaitu gunung tertinggi di Asia Tenggara) dan pembentukan batu mercu batu kapur yang menakjubkan di lembah Gunung Api, yang ditemui di Taman Negara Mulu di Sarawak. Kedua-duanya adlaah alam semula jadi yang sangat mengagumkan dan membanggakan Malaysia.

RM50

duit-rm-50-baru-2012

Pada wang kertas RM50, gambar kelapa sawit dan bioteknologi dipaparkan sebagai satu ikon ekonomi yang sedang berkembang pesat dan boleh dibanggakan. Kelapa sawit telah menjadi tanaman pertanian negara yang paling utama dari segi ekonomi kerana Malaysia merupakan salah satu pengeluar dan pengeksport terbesar kelapa sawit di dunia. Bioteknologi terus meningkatkan kedudukan komoditi ini dalam rantaian nilai, menyokong transformasi ekonomi negara ke arah aktiviti nilai tambah yang lebih tinggi dalam sektor pertanian, perkilangan dan perkhidmatan.

RM20

wang-kertas-malaysia-2012

Setelah sekian lama duit RM20 diperkenalkan semula dengan meletakkan gambar keindahan dan hidupan laut di Malaysia. Duit kertas baru RM20 ini memaparkan gambar dua spesies penyu terkenal dan hanya dijumpai di perairan Malaysia iaitu Penyu Karah (Eretmochelys imbricata) dan Penyu Belimbing (Dermochelys coriacea). Penyu Karah mudah dikenali melalui muncungnya yang melengkung dan kulitnya yang bersisik manakala Penyu Belimbing pula mempunyai kulit yang keras dan tujuh jaluran pada cangkerangnya.

RM10

04_RM10_bm

Wang kertas baru RM10 berwarna merah dan memaparkan Hutan Tropika Malaysia yang tumbuh subur. Spesies Rafflesia Azlanii yang dipaparkan pada wang kertas RM10 baharu ini merupakan spesies asli Semenanjung Malaysia dan mula-mula sekali ditemui di Hutan Simpan Royal Belum di negeri Perak pada tahun 2003. Bunga ini dinamakan sempena nama Sultan Perak, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yusuff Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lah.

RM5

05_RM5_bm

Wang kertas baru RM5 bertemakan hidupan liar dan memaparkan gambar burung enggang. Burung Enggang Badak (Buceros rhinoceros), iaitu salah satu spesies burung enggang terbesar dan paling mengagumkan di dunia. Burung yang menarik, bersayap lebar dan berekor panjang yang boleh ditemui dalam kelompok kecil di hutan hujan di seluruh negara ini memainkan peranan penting dalam budaya dan upacara tradisional negeri Sarawak yang turut dikenali sebagai ‘Bumi Kenyalang’

RM1

06_RM1_bm

Wang kertas RM1 masih mengekalkan gambar permainan tradisional, Wau di belakang wang tersebut tetapi dengan rekaan dan bentuk baru. Permainan wau merupakan sukan tradisional yang popular di Malaysia terutamanya di Kelantan dan Terengganu. Permainan wau juga secara tradisinya merupakan suatu acara untuk meraikan hasil tuaian yang baik yang merapatkan masyarakat tempatan negeri-negeri tersebut.Sempena pengeluaran wang kertas baru Malayia ini, Bank Negara Malaysia akan mengeluarkan duit kertas peringatan yang dijual bermula pada esok hari, 22 Disember 2011 di tempat-tempat yang terpilih.

OK kalau kita ada wang kertas, mesti ada duit besi juga kan? Mari kita tengok apa yang berubada pada duit besi kita. Jadi senang la kita nak beli gula-gula dgn adanya duit besi ni

0.50 sen

50sen_face

Motif sulur kacang pada duit syiling 50 sen amat terkenal kerana sering digunakan oleh para pengukir dalam seni ukiran kayu dan perak mereka. Kelembutan lingkaran dan juntaian pokok kacang tergambar dalam ukiran pada barang kemas, peti, dan juga pada bahagian-bahagian rumah kayu tradisional seperti muka pintu, bingkai tingkap serta panel kayu pada dinding rumah. Garisan halus pada latar belakang motif merupakan sebahagian daripada ciri keselamatan. Imej pendam duit syiling 50 sen akan kelihatan apabila duit syiling tersebut disendeng pada sudut yang berlainan.

0.20 sen

20sen_face

Bunga melur mendapat tempat yang istimewa dalam kebudayaan tiga kaum utama di Malaysia. Keharuman bunga ini menjadikannya sebagai satu elemen penting dalam majlis tradisional seperti majlis perkahwinan dan acara keagamaan. Motif bunga melur juga sering terdapat pada hasil kesenian dan pertukangan tangan tradisional seperti sulaman dan ukiran perak. Pada duit syiling 20 sen baharu ini, bunga melur dipaparkan dengan berlatarkan motif kain destar siga.

0.10

10sen_face

Orang Asli di Malaysia cukup terkenal dengan kemahiran seni anyaman daun-daun dan tumbuhan setempat untuk dijadikan perhiasan seperti hiasan kepala, selempang dan skirt yang dipakai di upacara dan majlis tradisional. Setiap kaum memiliki corak anyaman tersendiri yang lazimnya diilhamkan daripada sistem kepercayaan dan persekitaran mereka. Duit syiling 10 sen baharu mengabadikan seni warisan ini dalam bentuk corak anyaman unik suku kaum Mah Meri di Semenanjung Malaysia

0.05 sen

5sen_face

Kain destar siga merupakan sejenis tenunan kain asli suku kaum Kadazan Dusun di Sabah. Ia biasanya dijadikan sebagai hiasan kepala dalam majlis tradisi mereka. Kain hiasan kepala ini ditenun terutamanya dengan benang hitam dan diserikan dengan benang pelbagai warna bercorak geometri serta motif yang diilhamkan daripada flora dan fauna. Dengan berlatarkan motif sulur kacang, destar siga menjadi corak utama pada duit syiling 5 sen baharu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *